Pink Bobblehead Bunny Kemahiran Hidup: Ikan Emas

Tuesday, December 11, 2012

Ikan Emas

Ikan emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.

   Ikan emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.

   Bagaimanapun terdapat pelbagai spesies ikan emas di pasaran termasuk Red Oranda, White Oranda, Pearlscale, Moor, Teleskop, Comet, Pompom, Ranchu, Lionhead dan Red Oriental Ryukin yang sering menjadi pilihan pemilik akuarium. Ikan emas mendapat permintaan baik daripada peminat akuarium kerana harganya yang berpatutan serta warna yang sering mendapat perhatian ramai.



Moor
Pompom
Pearlscale

Red Oranda

   Ternakan ikan emas boleh dilakukan dengan memilih ikan induk (jantan) yang boleh dikenal pasti dengan melihat sifat luarannya yang lebih kecil berbanding ikan betina yang berperut buncit serta berbadan pendek manakala sirip ikan jantan memiliki biji mutiara kecil yang lebih jelas. Pemeliharaan ikan jantan dan betina dapat menggalakkan pembiakan spesies itu dan kemungkinan itu boleh menjadi kenyataan dengan mengikut beberapa syarat asas yang betul untuk menggalakkan proses pembiakan.

 Sebagai permulaan, campuran metilena diperlukan untuk mencegah jangkitan kulat pada telur yang dihasilkan nanti dan penggunaan pokok hiasan seperti kiambang (Eichornia crassipes) hendaklah dimasukkan ke dalam akuarium sebagai penggalak pembiakan. Sebelum dilepaskan, induk matang jantan dan betina perlu diasingkan sekurang-kurangnya dua minggu pada waktu malam atau awal pagi bagi membantu menggalakkan proses pembiakan ikan dalam masa yang lebih singkat.

   Telur ikan yang sudah keluar akan melekat pada akar kiambang dan ia akan menetas dalam tempoh 30 hingga 35 jam manakala akar kiambang perlu dibuang selepas proses penetasan telur berlaku. Makan hidup seperti rotifer dan miona perlu diberikan pada hari keempat penetasan bagi membantu ikan mendapat zat yang diperlukan untuk terus hidup.

  Bagaimanapun, anda disarankan untuk memisahkan ikan yang baru menetas dengan ikan dewasa bagi mengurangkan risiko ia terhapus akibat serangan ikan yang lebih besar dan elakkan mencampurkan ikan spesies ini dengan ikan ganas seperti toman atau flowehorn.


10 comments:

  1. Tahniah cikgu! Satu perkongsian yang sangat baik. Teruskan usaha murni ini agar dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Penuh dengan info sains.Menarik!

    ReplyDelete
  3. Blog yang menarik untuk perkongsian ilmu. Input yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. good information on the oceans creatures, colourful goldfish.

    ReplyDelete
  5. Blog cikgu sgt menarik...tentu pelajar2 suka...tahniah!Banyak info di sini...

    ReplyDelete
  6. cantik betul blog ni
    banyak maklumat dan susunan yang kemas
    sila komen blog saya juga untuk
    penambahbaikan
    http://prasktpj2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. tahniah cikgu....blog yg menarik dan berinformasi

    ReplyDelete
  8. Menarik blog anda. Susunan sangat teratur.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas cikgu-cikgu yang berikan saya komen^^

    ReplyDelete