Pink Bobblehead Bunny Kemahiran Hidup: December 2012

Tuesday, December 11, 2012

Ikan Emas

Ikan emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.

   Ikan emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.

   Bagaimanapun terdapat pelbagai spesies ikan emas di pasaran termasuk Red Oranda, White Oranda, Pearlscale, Moor, Teleskop, Comet, Pompom, Ranchu, Lionhead dan Red Oriental Ryukin yang sering menjadi pilihan pemilik akuarium. Ikan emas mendapat permintaan baik daripada peminat akuarium kerana harganya yang berpatutan serta warna yang sering mendapat perhatian ramai.



Moor
Pompom
Pearlscale

Red Oranda

   Ternakan ikan emas boleh dilakukan dengan memilih ikan induk (jantan) yang boleh dikenal pasti dengan melihat sifat luarannya yang lebih kecil berbanding ikan betina yang berperut buncit serta berbadan pendek manakala sirip ikan jantan memiliki biji mutiara kecil yang lebih jelas. Pemeliharaan ikan jantan dan betina dapat menggalakkan pembiakan spesies itu dan kemungkinan itu boleh menjadi kenyataan dengan mengikut beberapa syarat asas yang betul untuk menggalakkan proses pembiakan.

 Sebagai permulaan, campuran metilena diperlukan untuk mencegah jangkitan kulat pada telur yang dihasilkan nanti dan penggunaan pokok hiasan seperti kiambang (Eichornia crassipes) hendaklah dimasukkan ke dalam akuarium sebagai penggalak pembiakan. Sebelum dilepaskan, induk matang jantan dan betina perlu diasingkan sekurang-kurangnya dua minggu pada waktu malam atau awal pagi bagi membantu menggalakkan proses pembiakan ikan dalam masa yang lebih singkat.

   Telur ikan yang sudah keluar akan melekat pada akar kiambang dan ia akan menetas dalam tempoh 30 hingga 35 jam manakala akar kiambang perlu dibuang selepas proses penetasan telur berlaku. Makan hidup seperti rotifer dan miona perlu diberikan pada hari keempat penetasan bagi membantu ikan mendapat zat yang diperlukan untuk terus hidup.

  Bagaimanapun, anda disarankan untuk memisahkan ikan yang baru menetas dengan ikan dewasa bagi mengurangkan risiko ia terhapus akibat serangan ikan yang lebih besar dan elakkan mencampurkan ikan spesies ini dengan ikan ganas seperti toman atau flowehorn.


Cara Memelihara Kura-kura

      

Seperti banyak reptilia dan amfibilia lainnya, kura-kura cukup menarik bagi anak-anak untuk memelihara. Namun demikian, banyak orang membeli kura-kura hanya kerana didasarkan pada "faktor trend", tanpa memperhitungkan kebutuhan khusus kura-kura tersebut.

    Hal yang perlu diperhatikan dalam memelihara kura-kura agar selalu sihat:

1.    Memastikan kura-kura memiliki ruang yang cukup untuk hidup, memastikan ruangan tersebut cukup cahaya, kelembaban yang terjaga, adanya air bersih, dan lampu berjemur.
2.    Ketika memelihara kura-kura dalam rumah, penting untuk mempertimbangkan hal berikut: pastikan kapasitas tangki pemeliharaan mampu menampung minimal 40 galon. Harus ada ruang yang cukup untuk meletakkan  kura-kura berjemur di panas matahari.
3.    Kura-kura darat dapat mempertahankan panas tubuh lebih lama daripada kura-kura akuatik. Untuk itu disarankan tidak terlalu mengambil kura-kura keluar dari tempat pemeliharaan secara sering. perubahan suhu tiba tiba dapat mempengaruhi sistem kekebalan reptilia, kerana mereka adalah haiwan berdarah dingin dan membutuhkan waktu lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. 
4.    Pada kura-kura akuatik, mungkin hindari, menggunakan air keran untuk akuarium kerana mengandung senyawa seperti klorin dan fluoride yang dapat mengganggu keseimbangan ph. Gunakan mata air alami untuk air minum kura-kura dan de-diklorinasi air untuk area berenang. Anda dapat mengurangi kadar klorin dalam air dengan membiarkannya terlebih dahulu selama 24 jam sebelum digunakan. Beberapa orang beranggapan bahawa menggunakan air diklorinasi membantu mencegah pembentukan bakteri mematikan.


Selalu awasi kura-kura sehingga aman dari gangguan anak-anak kecil, atau binatang peliharaan rumah. Jangan lupa untuk tetap memperhatikan perilaku kura-kura , dan merawatnya. Seekor kura-kura bukan benda mati, ia adalah makhluk hidup dan cukup cerdas untuk mengetahui siapa teman-teman dan musuhnya. Memelihara kura-kura dapat memberi hiburan bagi seluruh keluarga.





  
  



Ikan Membiak Yang Unik


Sunday, December 2, 2012

Contoh-contoh Ikan Badut



    



Cara-cara Memelihara Ikan Hias Air Laut


 Sebenarnya cukup mudah. Paling hanya diperlukan sedikit pengetahuan dan proses belajar untuk boleh benar-benar menikmati dunia bawah laut yang indah dan penuh warna-warni ini. Ini beberapa tips sederhana supaya akuarium laut anda boleh tetap indah untuk jangka masa yang lama.



1. Pilih saja beberapa ikan yang paling cantik yang paling anda sukai.


2. Ikan yang baru dibeli dalam beg plastik perlu disesuaikan dulu suhunya dengan suhu akuarium.


3. Ambangkan ikan dalam plastiknya di akuarium 20 minit. Setelah itu buka plastiknya, masukkan sedikit air akurium ke plastik ikan baru, diamkan 10 minit. Setelah itu, ikan boleh dimasukkan ke akuarium. Matikan dulu lampunya agar tidak stress.


4. Untuk ikan laut, lebih baik kurang daripada lebih. 1 kali sahaja sudah cukup. Makanan yang berlebih akan menurunkan kualiti air laut.


5. Gunakan "Karang Hidup" sebanyak mungkin untuk menjaga kualiti air secara semulajadi. Karang Hidup adalah karang yang ada banyak bahagiannya berwarna ungu. Gunakan minimum 1 / 3 dari volume akuariumnya.
Utamanya Rumput Asam (Caulerpa Sertularioides), Rumput Jarum (Chaetomorpha) atau Anggur Hijau. Tumbuh-tumbuhan ini akan mengurangkan kadar Nitrat secara signifikan dan membuat air lebih menyenangkan buat ikan.

6. Ganti air 20% tiap 2 minggu sekali. Separuh, 1 bulan sekali. Air laut harganya tidak mahal, hanya Rp 5.000 per gelen. Luangkan masa 1-2 jam per 2 minggu untuk merawat akuarium anda.


7. Kalau Ph-nya rendah, gunakan ubat Kalkwasser (banyak dijual).
Memeriksa Ph mudah sekali, hanya masukkan air akuariumnya sedikit ke alat tesnya, lalu ditetesi cecair pengukurnya. Lalu bandingkan warna airnya dengan kertas saiz Ph berwarnanya. Memeriksa kadar garam gunakan hydrometer.  Kadar garam yang normal ada penunjukknya di alatnya.

8. Akuarium Laut wajib memiliki Protein Skimmer.
Ini adalah alat yang paling signifikan dalam menjaga kualiti air laut. Harganya sekitar Rp 250.000-an. Semua akuarium laut, baik di kedai ikan hias (Sumenep) mahupun di Seaworld semua memakai Protein Skimmer.

9. Suhu Terbaik adalah untuk ikan di bawah 28 darjah Celcius, dan coral 25 Celcius (dengan Chiller).
Memelihara ikan laut sedikit lebih sukar dari air tawar. Ikan laut sangat sensitif terhadap persekitaran. Terutama high air, dan sesama ahli akuarium. Tapi yang penting adalah pengetahuan yang cukup, maka anda akan dapat menikmati keindahan laut dan penghuninya di dalam rumah anda.



Contoh-contoh akuarium yang dihias dengan cantik.