Pink Bobblehead Bunny Kemahiran Hidup: Cara-cara Memelihara Ikan Hias Air Laut

Sunday, December 2, 2012

Cara-cara Memelihara Ikan Hias Air Laut


 Sebenarnya cukup mudah. Paling hanya diperlukan sedikit pengetahuan dan proses belajar untuk boleh benar-benar menikmati dunia bawah laut yang indah dan penuh warna-warni ini. Ini beberapa tips sederhana supaya akuarium laut anda boleh tetap indah untuk jangka masa yang lama.



1. Pilih saja beberapa ikan yang paling cantik yang paling anda sukai.


2. Ikan yang baru dibeli dalam beg plastik perlu disesuaikan dulu suhunya dengan suhu akuarium.


3. Ambangkan ikan dalam plastiknya di akuarium 20 minit. Setelah itu buka plastiknya, masukkan sedikit air akurium ke plastik ikan baru, diamkan 10 minit. Setelah itu, ikan boleh dimasukkan ke akuarium. Matikan dulu lampunya agar tidak stress.


4. Untuk ikan laut, lebih baik kurang daripada lebih. 1 kali sahaja sudah cukup. Makanan yang berlebih akan menurunkan kualiti air laut.


5. Gunakan "Karang Hidup" sebanyak mungkin untuk menjaga kualiti air secara semulajadi. Karang Hidup adalah karang yang ada banyak bahagiannya berwarna ungu. Gunakan minimum 1 / 3 dari volume akuariumnya.
Utamanya Rumput Asam (Caulerpa Sertularioides), Rumput Jarum (Chaetomorpha) atau Anggur Hijau. Tumbuh-tumbuhan ini akan mengurangkan kadar Nitrat secara signifikan dan membuat air lebih menyenangkan buat ikan.

6. Ganti air 20% tiap 2 minggu sekali. Separuh, 1 bulan sekali. Air laut harganya tidak mahal, hanya Rp 5.000 per gelen. Luangkan masa 1-2 jam per 2 minggu untuk merawat akuarium anda.


7. Kalau Ph-nya rendah, gunakan ubat Kalkwasser (banyak dijual).
Memeriksa Ph mudah sekali, hanya masukkan air akuariumnya sedikit ke alat tesnya, lalu ditetesi cecair pengukurnya. Lalu bandingkan warna airnya dengan kertas saiz Ph berwarnanya. Memeriksa kadar garam gunakan hydrometer.  Kadar garam yang normal ada penunjukknya di alatnya.

8. Akuarium Laut wajib memiliki Protein Skimmer.
Ini adalah alat yang paling signifikan dalam menjaga kualiti air laut. Harganya sekitar Rp 250.000-an. Semua akuarium laut, baik di kedai ikan hias (Sumenep) mahupun di Seaworld semua memakai Protein Skimmer.

9. Suhu Terbaik adalah untuk ikan di bawah 28 darjah Celcius, dan coral 25 Celcius (dengan Chiller).
Memelihara ikan laut sedikit lebih sukar dari air tawar. Ikan laut sangat sensitif terhadap persekitaran. Terutama high air, dan sesama ahli akuarium. Tapi yang penting adalah pengetahuan yang cukup, maka anda akan dapat menikmati keindahan laut dan penghuninya di dalam rumah anda.



Contoh-contoh akuarium yang dihias dengan cantik.


7 comments: