Pink Bobblehead Bunny Kemahiran Hidup: Ikan Hiasan - Minat Berterusan

Sunday, November 18, 2012

Ikan Hiasan - Minat Berterusan

Entah kenapa sejak kanak kanak lagi minat dengan ikan ikan kecil. Masa dikampung dulu memang suka sauk ikan laga dalam sawah bendang dan juga parit hutan nipah. 

Ada sebuah kedai makan yang sering dikunjungi sebab terdapat sepasang ikan cantik ni. Ikan ini perlukan air laut rasanya untuk hidup.

Inilah dia flower horn. Pernah menjadi kegilaan semua orang walaupun asalnya tidak minat ikan hiasan.Tiba tiba saja ikan jenis ni diabaikan semua peminatnya kerana ada pihak yang keluarkan klon baru yang tidak boleh ditiru biakkan.

Discuss - memang sukar dipelihara. Kedai ikan hiasan pun tidak semua berani simpan jenis ini. Akan berubah menjadi hitam dan tidak mahu membesar jika kualiti air tidak baik. Boleh mati jika terkejut dan akan mati sendiri tanpa sebab walau air bersih. Cantik dan tenang.

Ikan Koi mudah dipelihara. Hanya perlukan sebuah kolam. Koi tidak sesuai dipelihara dalam bekas akuarium kaca kecuali untuk sekejap saja. Ada jenis seakan akan koi dipelihara dalam bekas kaca tetapi jenis itu tidak besar seperti koi. Makanan untuk koi juga mudah seperti pellet , roti , sayuran kisar dan udang kecil.

Ikan oscar adalah ikan pertama yang dibeli waktu remaja dulu. Sifatnya yang garang menyebabkan tidak boleh bercampur dengan ikan lain.Selalu saja kena pindah sana sini kerana lebih suka tengok banyak jenis ikan daripada hanya seekor ikan saja.Oscar makan apa saja cuma ganas sikit.





 










11 comments: