Pink Bobblehead Bunny Kemahiran Hidup: Video Dunia Laut

Monday, November 5, 2012

Video Dunia Laut



Kita boleh menjumpai pelbagai jenis hidupan yang berbeza di muka bumi. Berjuta-juta haiwan, tumbuhan dan serangga hidup dalam harmoni di planet ini. Hidupan yang pelbagai ini hanya boleh wujud sekiranya keseimbangan yang baik dan kompleks wujud di antara hidupan-hidupan. Jarak di antara bumi dan matahari, kecondongan paksi orbit bumi, kelajuan bumi berputar, komponen-komponen yang terdapat di dalam atmosferanya, dan keluasan air (laut) yang merangkumi tiga perempat keluasan permukaan bumi, adalah antara beberapa aspek yang amat penting dalam mewujudkan keseimbangan hidupan di bumi ini. Lautan, yang merangkumi majoriti keluasan permukaan bumi adalah anugerah yang amat bernilai untuk keseimbangan hidup di bumi. Banyak kejadian alam di atmosfera, seperti pembentukan hujan, angin dan seterusnya cuaca, hanya boleh berlaku dengan wujudnya lautan. Tambahan pula, lautan memainkan peranan penting sebagai tempat tinggal kepada berjuta-juta hidupan. Penciptaan hidupan laut ini yang tinggal sejauh beberapa ratus hingga beribu meter ke dalam laut, adalah sangat menakjubkan seperti hebatnya penciptaan hidupan di darat. Penciptaan sistem dunia hidupan dasar lautan menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan yang tiada bandingan dan tidak terfikir oleh manusia.

Sebagai contoh, haiwan ini memiliki kebolehan penyembunyian yang sangat praktikal. Ia bersembunyi di bawah batu karang apabila berenang di dasar laut. Ikan buntal yang masih muda ini bukanlah perenang yang baik. Oleh sebab itu, ia tidak boleh melarikan diri dengan cepat apabila pemangsanya mengejarnya. Walau bagaimanapun, ia memiliki sistem pertahanan yang sempurna apabila berhadapan dengan serangan. Ini menjadikan ikan-ikan lain yang pada mulanya mengidam untuk memakan ikan landak tersebut, akhirnya pergi meninggalkannya. Apabila kita berfikir mengenai hal ini, kita dapat melihat bahawa ikan-ikan ini memiliki teknik pertahanan yang hebat dan tersusun.


Udang mentadak Hidupan yang anda saksikan setakat ini hanyalah beberapa contoh kecil daripada pelbagai jenis spesis laut yang tidak terhingga banyaknya. Terdapat beribu jenis hidupan laut lain yang dianugerahkan dengan sistem pertahanan diri yang unik dan effektif. Sebagai contoh, udang mentadak ini. Udang mentadak yang kelihatan menarik ini, berlindung di bawah pepasir. Apabila udang ini ingin mencari makanan, ia menggunakan penyepitnya yang kelihatan seperti penukul, untuk mengeluarkan seekor kupang. Kemudian, ia menyiat daging kupang itu menjadi ketulan kecil dengan ‘memukul’ beberapa kali. Pada masa yang sama, ia sentiasa berwaspada dengan kehadiran sotong kurita yang menghampirinya.  . Ia mendompak di hadapan sotong tersebut, sebagai satu amaran untuk tidak membuat kacau. Tiada satu pun perlakuan ini dapat disedari dan difahami oleh seekor haiwan. Dan tidak mungkin mereka dapat memahami perkara ini sesama mereka.

Ikan flounder  yang mempunyai struktur mata khas untuk membolehkan mereka melihat di sekeliling sekalipun mereka berada di dalam pasir… Ikan yang boleh menakutkan musuh-musuh mereka dengan corak mata palsu di bahagian ekor mereka… dan hidupan-hidupan lain, semuanya adalah bukti-bukti kepada penciptaan yang hebat ini.

17 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang bermanfaat. ^^

    ReplyDelete
  2. Bagus,gambar dan penjelasan yang menarik.

    ReplyDelete