Pink Bobblehead Bunny Kemahiran Hidup: November 2012

Wednesday, November 21, 2012

Ikan Hiasan Yang Membiak Secara Beranak

Ikan jenis di bawah tidak sukar untuk membiakkannya kerana anak-anak yang dihasilkan boleh hidup tanpa penjagaan yang rumit.



Ikan Molly
Ikan Platy

Ikan Swordtail
Ikan Guppy



Jenis Makanan Ikan Hiasan

  

  

  

  

  


Sunday, November 18, 2012

Ikan Hiasan - Minat Berterusan

Entah kenapa sejak kanak kanak lagi minat dengan ikan ikan kecil. Masa dikampung dulu memang suka sauk ikan laga dalam sawah bendang dan juga parit hutan nipah. 

Ada sebuah kedai makan yang sering dikunjungi sebab terdapat sepasang ikan cantik ni. Ikan ini perlukan air laut rasanya untuk hidup.

Inilah dia flower horn. Pernah menjadi kegilaan semua orang walaupun asalnya tidak minat ikan hiasan.Tiba tiba saja ikan jenis ni diabaikan semua peminatnya kerana ada pihak yang keluarkan klon baru yang tidak boleh ditiru biakkan.

Discuss - memang sukar dipelihara. Kedai ikan hiasan pun tidak semua berani simpan jenis ini. Akan berubah menjadi hitam dan tidak mahu membesar jika kualiti air tidak baik. Boleh mati jika terkejut dan akan mati sendiri tanpa sebab walau air bersih. Cantik dan tenang.

Ikan Koi mudah dipelihara. Hanya perlukan sebuah kolam. Koi tidak sesuai dipelihara dalam bekas akuarium kaca kecuali untuk sekejap saja. Ada jenis seakan akan koi dipelihara dalam bekas kaca tetapi jenis itu tidak besar seperti koi. Makanan untuk koi juga mudah seperti pellet , roti , sayuran kisar dan udang kecil.

Ikan oscar adalah ikan pertama yang dibeli waktu remaja dulu. Sifatnya yang garang menyebabkan tidak boleh bercampur dengan ikan lain.Selalu saja kena pindah sana sini kerana lebih suka tengok banyak jenis ikan daripada hanya seekor ikan saja.Oscar makan apa saja cuma ganas sikit.





 










Kenalkan Tumbuhan Akuatik

Tuesday, November 13, 2012

Tayangan Kuda Laut Bersalin


Satu tayangan yang terharu.

Lembaran Kerja

Isikan tempat kosong.



Tuliskan nama ikan.

HSP Ikan Hiasan


Jom, bersama - sama menikmati dan menghayati powar point tentang Pemeliharaan Ikan Hiasan.

Aktiviti Di Dalam Kelas


Hari ini akan menjalankan aktiviti membela ikan tioman.



 Guru mengagihkan bekas - bekas ikan kepada setiap murid.



Murid - murid sedang membersihkan bekas ikan.


Murid-murid menumpukan perhatian semasa menjalankan aktiviti.

Guru menanya murid tentang cara menguruskan bekas-bekas ikan.




Murid sedang memberitahu kepada cikgu apa yang telah dilakukan oleh mereka.




Guru menunjuk ajar kepada murid tentang cara menghiaskan bekas ikan. 




 Murid - murid sedang memasang penutup pada akuarium.




Murid - murid bersama guru mengambil gambar selepas aktiviti selesai.

Friday, November 9, 2012

Relax Time - Marilah Kita Bersama-sama Main Game - Ikan Besar Makan Ikan Kecil


Ikan Black Molly Bersalin



Lihat dengan teliti ..... Saya berasa amat seronok! Anak - anak murid saya pun suka ^^

Memperkenalkan Ikan Hiasan

Ikan Laga

Laga ikan ini adalah dua jenis satu dari MALAYSIA dan di SIAM. Apa perbezaan antara dua jenis ni kalau siam punya kembang jantan sahaja dan kalau siam punya kembang jantan sahaja dan kalau ikan Malaysia ekornya panjang tapi tidak kembang. Ikan laga nak color yang sama kalau tidak dia akan bergaduh da nada perbezaan ikan laga jantan dan betina.







Ikan Angel

Ikan Angel (Pterophyllum Sclare) berbentuk pipih dan hujung mulutnya tajam. Sirip dorsal dan analnya terbuka lebar ke arah ekor. Di bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Warna di bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. Di bahagian atas kepalanya coklat kehitaman. Ikan ini boleh membesar sehingga 15cm.
Morfologinya yang berbentuk cakera dan suka berenang di pertengahan akuarium menjadikan ia sangat digemari sebagai ikan hiasan. Ikan ini tahan lasak dan pemakanannya mudah.

Ikan Guppy
male guppy fishGuppy awalnya hidup di rawa air payau. Ikan ini berkembang biak dengan cara beranak sehingga pemijahannya tergolong mudah. Induk jantan mempunyai warna yang cerah, tubuh yang ramping, sirip punggung yang lebih panjang, mempunyai gondopodium (berupa tonjolan memanjang di belakang sirip perut) yang merupakan modifikasi sirip anal berupa sirip panjang. Untuk indukan betina mempunyai tubuh gemuk, warna yang kurang cerah, sirip punggung kecil, sirip perut berupa sirip yang halus.
Selain warna, bentuk dasar ekor ikan guppy juga bervariasi. Guppy dibagi berdasarkan bentuk ekornya yaitu wide tail (ekor lebar), sword tail (ekor panjang), dan short tail (ekor pendek). Tiap varietas mempunyai 4 macam bentuk ekor. Varietas terbaru yaitu Ribbon/Swallow. Ini merupakan varietas baru dari berbagai persilangan menyebabkan mutasi gen merupakan hasil dari kawin silang dari berbagai jenis ikan ini.

African Cichlids
Ikan yang juga diberi nama “Sick-Lids” boleh ditemui di 3 tasik di Afrika: Malawi , Tananyika dan Victoria. Mampu  membesar sehingga 6-7 inci manakala bagi spesies Frontosoa pula ke 12-14 inci. Ikan-ikan ini adalah ikan air tawar yang mudah dipelihara di dalam akuarium rumah.





Parrotfish
Dinamakan sedemikian kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung.  Ikan ini menggunakan mulutnya untuk memecah dan memakan invertebrate kecil yang hidup di kawasan batu karang. Biasanya ia akan memakan keseluruhan bebatu karang atau pasir laut lalu mengunyah invertebrate yang ada di dalamnya dan kemudian membuang sisa-sisanya.




Regal Tang 

Pernah Nampak ikan ni…tentu kan didalam movie finding Nemo. Ikan ini tergolong dalam keluarga Surgeofish, yang memiliki pisau kecil dari zat kapur yang dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutamanya untuk system pertahanan dalam menghadapi predator atau binantang pemangsa. Kecik-kecik pun dah main pisau.





Coral Beauty
Ikan ini tergolong dalam kumpulan Angelfish. Ikan-ikan ini bleh dibela dalam akuarium rumah dan mampu bertahan dengan baik walaupun anda seorang yang malas nak menjaga. Ini kerana ikan ini dari spesies ikan yang tahan lasak.







Moorish Idol
Bukan rancangan Idol tu ok. Ikan ini tergolong dalam golongan yang sukar dipelihara di rumah dan juga sangat mahal harganya. Tidak banyak sumber mengenai ikan ini.







Lionfish       
 

Ikan ini juga digelar zebrafish. Tulang belakangnya memiliki racun yang sangat berbisa dan cukup efetif. Mereka yang memliharanya perlu berhati-hati ketika hendak membersihkan akuarium. Sayang…lawa tapi beracun.








Discus
 

Dah macam ikan berbincang pula..haha..ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yang paling cantik. Harganya juga sangat mahal. Anaknya yang sepanjang 3 inci mampu mencecah 50-80 dolar Amerika







Mandarinfish

Ada dua jenis dari spesies ini. Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Yang standard biasanya memiliki pola dan warna yang lebihbaik dibandingkan dengan jenis Psychedelic. Harganya tidak lebih dari 20 dollar seekor tetapi yang menjadi masalah adalah makannya. Ia Cuma memakan mikro-invertebrata yang hidup di batu karang . untuk memeliharanya di rumah memerlukan batu-batu karang yang mencukupi didalam akuarium bagi tempoh sebulan untuk membiarkan ia menyeseuaikan diri dengan suasana baru.



Monday, November 5, 2012

Video Dunia Laut



Kita boleh menjumpai pelbagai jenis hidupan yang berbeza di muka bumi. Berjuta-juta haiwan, tumbuhan dan serangga hidup dalam harmoni di planet ini. Hidupan yang pelbagai ini hanya boleh wujud sekiranya keseimbangan yang baik dan kompleks wujud di antara hidupan-hidupan. Jarak di antara bumi dan matahari, kecondongan paksi orbit bumi, kelajuan bumi berputar, komponen-komponen yang terdapat di dalam atmosferanya, dan keluasan air (laut) yang merangkumi tiga perempat keluasan permukaan bumi, adalah antara beberapa aspek yang amat penting dalam mewujudkan keseimbangan hidupan di bumi ini. Lautan, yang merangkumi majoriti keluasan permukaan bumi adalah anugerah yang amat bernilai untuk keseimbangan hidup di bumi. Banyak kejadian alam di atmosfera, seperti pembentukan hujan, angin dan seterusnya cuaca, hanya boleh berlaku dengan wujudnya lautan. Tambahan pula, lautan memainkan peranan penting sebagai tempat tinggal kepada berjuta-juta hidupan. Penciptaan hidupan laut ini yang tinggal sejauh beberapa ratus hingga beribu meter ke dalam laut, adalah sangat menakjubkan seperti hebatnya penciptaan hidupan di darat. Penciptaan sistem dunia hidupan dasar lautan menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan yang tiada bandingan dan tidak terfikir oleh manusia.

Sebagai contoh, haiwan ini memiliki kebolehan penyembunyian yang sangat praktikal. Ia bersembunyi di bawah batu karang apabila berenang di dasar laut. Ikan buntal yang masih muda ini bukanlah perenang yang baik. Oleh sebab itu, ia tidak boleh melarikan diri dengan cepat apabila pemangsanya mengejarnya. Walau bagaimanapun, ia memiliki sistem pertahanan yang sempurna apabila berhadapan dengan serangan. Ini menjadikan ikan-ikan lain yang pada mulanya mengidam untuk memakan ikan landak tersebut, akhirnya pergi meninggalkannya. Apabila kita berfikir mengenai hal ini, kita dapat melihat bahawa ikan-ikan ini memiliki teknik pertahanan yang hebat dan tersusun.


Udang mentadak Hidupan yang anda saksikan setakat ini hanyalah beberapa contoh kecil daripada pelbagai jenis spesis laut yang tidak terhingga banyaknya. Terdapat beribu jenis hidupan laut lain yang dianugerahkan dengan sistem pertahanan diri yang unik dan effektif. Sebagai contoh, udang mentadak ini. Udang mentadak yang kelihatan menarik ini, berlindung di bawah pepasir. Apabila udang ini ingin mencari makanan, ia menggunakan penyepitnya yang kelihatan seperti penukul, untuk mengeluarkan seekor kupang. Kemudian, ia menyiat daging kupang itu menjadi ketulan kecil dengan ‘memukul’ beberapa kali. Pada masa yang sama, ia sentiasa berwaspada dengan kehadiran sotong kurita yang menghampirinya.  . Ia mendompak di hadapan sotong tersebut, sebagai satu amaran untuk tidak membuat kacau. Tiada satu pun perlakuan ini dapat disedari dan difahami oleh seekor haiwan. Dan tidak mungkin mereka dapat memahami perkara ini sesama mereka.

Ikan flounder  yang mempunyai struktur mata khas untuk membolehkan mereka melihat di sekeliling sekalipun mereka berada di dalam pasir… Ikan yang boleh menakutkan musuh-musuh mereka dengan corak mata palsu di bahagian ekor mereka… dan hidupan-hidupan lain, semuanya adalah bukti-bukti kepada penciptaan yang hebat ini.